Sekadar nak berkongsi pengalaman, pandangan, aktiviti dan ilmu ketika aku diam. Sebab baru buat tumblr nie jadi semangat sikit nak tulis. Aku pernah dengar ceramah dari seorang penceramah yang disegani dan sedikit sebanyak ceramah beliau mengajak aku untuk berfikir.
Bayangkan anda berada pada situasi ini:-
-SEORANG DIRI DI PADANG PASIR DAN SANGAT-SANGAT DAHAGA. ANDA SUDAH 2HARI TAK JUMPA AIR DAN ANDA SESAT DI TGH2 PADANG PASIR-
tiba-tiba,
Ada seorang datang membawa anda secangkir air yang sejuk dan membuat satu offer. Dia sanggup bagi anda air tu sekiranya anda bersetuju menyerahkan separuh dari harta anda. Sekarang bagaimana? Sanggupkah anda bersetuju?….
Sekiranya anda tidak sanggup: Maybe anda dah mati kehausan
Sekiranya anda sanggup?: Kita sambung cerita :p
Ok anda pun bersetuju dengan tawaran yang diberi. Sudah minum dengan sepuas-puasnya anda berehat bersama2 org tersebut.
Sejam kemudian…
Anda rasa nak kencing!!! Setelah puas mencuba untuk kencing tapi xdapat :(
anda terus mencuba sehingga separuh hari dan hari hampir malam. Org yang memberi air itu berkata dia ada membawa satu ubat yang boleh membuatkan anda kencing. Tp dengan satu syarat! Separuh harta anda sebagai ganti.
Sekarang bagaimana??? Sudah semestinya anda bersetuju…
Cuba kita renung kembali nilai harta dunia lebih rendah dari secangkir air yang digunakan untuk minum dan dikencing kembali. Lebih lagi hina jika kita menyeleweng dan tidak menggunakan harta kita di atas jalan yang diredhai Allah (SWT)
Usaha mengumpul harta itu dituntut didalam agama namun apa yang cuba ditekankan manusia banyak alpha kerana harta… Rasulullah (SAW) tidak melarang malah mengalakkan umat islam mengumpul harta asalkan mencarinya melalui jalan yang halal dan mengunakannya untuk menjadikan kita lebih bertawakkal kepada Allah. Inilah zuhud yang sebenarnya.
Sekadar memperingatii diri sendiri.. ketika sedang diam.